Rabu, 7 Oktober 2009

Bagi rodonc-rodonc yang tiada blog sendiri: Moh review Blues Untuk Rodong di sini!!





















Assalamualaikum kaum keluarga dan rodoncs..

Ha..kepada rodonc-rodonc yang telah baca berulang-kali Blues Untuk Rodong silalah review dalam ruangan komen.
Buat la panjang sikit, sebagai panduan kepada kami untuk menghasilkan penulisan pada masa akan datang dan juga untuk membantu rodonc-rodonc yang lain membuat keputusan hendak membeli ke tidok.. kuikui

Rodonc-rodonc yang ada blog sendiri pun okay jugek kala nok review ssini.. Mudoh kita tengok sekali harung..

Sebagai panduan, turutan cerpen-cerpen dalam Blues Untuk Rodong ialah seperti berikut:

i. John Doe (11% Kandungan)
1. Cuti
2. Makhluk Belaan Terlarang

ii. DonBalon (41%)
3. Jejak Kasih Pak Tungku (Kisah Tiga Suku Benar)
4. Puaka Komputer Kaler (Kisah Tiga Suku Benar)
5. Cukup! (Kisah Tiga Suku Benar)
6. Setan! (Kisah Tiga Suku Benar)
7. Puaka Tanjung Gelang (Kisah Rekaan Semata-mata namun watak-watak yang digunakan masih hidup..kuikui)

iii. Aliff Mikail (10%)
8. Anak
9. Penunggu Jamban Kembali

iv. Rahimin Idris merangkap Chief...kuikui (38%)
10. Hikayat Pendekar Mahmud
11. Gibro Si Anjing Paranoid
12. Blues Untuk Rodong #1
13. Tragedi Spender Biru
14. Cerita Sebelum Tidur
15. Chi Yok Alalalalalong…
16. Blues Untuk Rodong #2



Selamat berreview.....!!

































Selingan iklan je ni weh..kuikui

Selasa, 8 September 2009

BLUES UNTUK RODONG TELAH TERBIT!!!! CETAKAN TERHAD!!!



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Assalamualaikum rodong-rodong semua..

Hari ini koi dengan berbesar hati mengumumkan buku antologi cerpen yang ditunggu-tunggu "Blues Untuk Rodong" telah dengan rasminya diterbitkan.

Sila hantarkan alamat penghantaran kepada Rahimin di rahiminidris@hotmail.com atau koi di donlaurel@gmail.com atau John Doe di mrfir_wnc9781@yahoo.co.uk.

CETAKAN TERHAD!!!

Chief telah bermurah hati memberi diskaun sempena bulan Ramadhan dan harga ditetapkan RM18 sahaja termasuk kos pos ekspres. Salah silap cetakan mohon maaf banyak-banyak, maklumlah cetak isi sendiri. Kulit memang cetakan kilang.

Turutan cerpen-cerpen dalam Blues Untuk Rodong ialah seperti berikut:

i. John Doe (11% Kandungan)
1. Cuti
2. Makhluk Belaan Terlarang

ii. DonBalon (41%)
3. Jejak Kasih Pak Tungku (Kisah Tiga Suku Benar)
4. Puaka Komputer Kaler (Kisah Tiga Suku Benar)
5. Cukup! (Kisah Tiga Suku Benar)
6. Setan! (Kisah Tiga Suku Benar)
7. Puaka Tanjung Gelang (Kisah Rekaan Semata-mata namun watak-watak yang digunakan masih hidup..kuikui)

iii. Aliff Mikail (10%)
8. Anak
9. Penunggu Jamban Kembali

iv. Rahimin Idris merangkap Chief...kuikui (38%)
10. Hikayat Pendekar Mahmud
11. Gibro Si Anjing Paranoid
12. Blues Untuk Rodong #1
13. Tragedi Spender Biru
14. Cerita Sebelum Tidur
15. Chi Yok Alalalalalong…
16. Blues Untuk Rodong #2

Semalam koi bagi diskaun ke Fadh dia kabor dia tak mboh, RM20 dia bayor. Koi mmikir dalanc hati memanc baeek punya support Fadh ni. Merata koi menunggu dia, last-last di Simpanc Bukit Mendi, dalam Daeroh Bera koi jumpa budok Fadh ni. Terima kasih sahabat. Aok pembeli pertama, tapi koi lupa autograf..kuikui

Balik raya koi doh janji dengan dia nok autograf..perghh..rasa machanc artis la pulok...kuikui

Rabu, 26 Ogos 2009

"Blues Untuk Rodong" sedang dicetak!!!!


Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc sekelian..

Berita baik untuk kita semua..

"Blues Untuk Rodong" kini sedang dicetak dan dijangka akan mula dihantar kepada para pembeli bermula minggu hadapan.

Kepada yang telah menempah, sila sertakan nama, alamat lengkap kepada saudara Rahimin Idris melalui rahiminidris@hotmail.com dan beliau akan menyalurkan maklumat mengenai no akaun etc.


Terima kasih sebanyak-banyaknya atas sokongan anda semua..


Pohon tualang yang menjulang tinggi bermula dengan anak yang tingginya seinci, membesar menjadi banir sebesar rumah. Setinggi manapun ia banirnya itulah yang tetap menyokongnya. Terima kasih kerana menjadi bakal banir yang setia bersama kami.


Ma'assalamah.

Rabu, 19 Ogos 2009

Halangang di depang kiteeee...

Cilakak tokey kilang cetak. Dapat kontrak cetak kad raya, terus tekan harga. Macam ni baik aku bukak kilang cetak sendiri!!!

Sabtu, 15 Ogos 2009

Misti mau provoke!! Blues Untuk Rodonc: Sedutan episod "Puaka Tanjung Gelang" karya Don Balon

Sedutan episod:

********************************

“Molek amat la tu Samdol. Dapat awek Sg Ular pas la kat aku sorang..kuikui,” Azli konon-konon bergurau padahal memang dia teringin nak kahwin pun. Hasil pisang dan tebu pusingan lepas pun banyak lagi, tak luak. Cuma serai yang Azli sakit hati sebab Mat Kundor contract farming yang janji nak beli semula hasil kebun serainya tak kunjung tiba. Mahu tak mahu terpaksalah Azli makan sendiri serainya sambil merungut berdengung-dengung, berdecit-decit macam udang galah tersepit di celah batu. Perut pun se’eh semacam je hari-hari. Mana tidaknya, hari-hari makan kerabu pucuk ubi, kerabu sotong, kerabu pucuk paku, nasi kerabu dan pelbagai spesis kerabu lagi.

Sahamnya merudum jatuh pun angkara kerabu juga. Mana tidaknya, sedang asyik dia menebas dan membongkok membuang rumput di pangkal pokok pisang yang terletak hujung sekali di tepi jalan, perutnya yang sebu itu serta-merta menyesarkan udara, berasak-asak keluar. Pada ketika itu jugalah Lebai Azron dengan Mak Nisah lalu dengan Yamaha YB mereka. Terpisat-pisat Lebai Azron dan Mak Nisah mencari arah bunyi “semboyan Bukit Kepong” tersebut. Azli cuba untuk menutup muka dengan daun pisang tetapi sudah terlambat kerana bukannya pasangan veteran itu tak tahu Azli yang saban hari menebas kebun bapanya itu. Terdengar juga hilai tawa Mak Nisah dari atas motor YB yang hampir seusia dengan Stadium Merdeka itu.

Keesokannya Azlina anak Lebai Azron sudah tidak menghantar SMS macam biasa. Setelah Azli menghantar mesej ke-14 barulah Azlina membalas dengan kata-kata yang meruntun jiwanya..

“Azli, anggaplah perhubungan kita suatu mimpi.. Mungkin antara kita sudah tidak ada jodoh.

“Hek’elleh..hal angin pun boleh clash ke?” Azli menyoal dirinya kesal..

Tapi itu semua kisah lama. Azli semenjak peristiwa tragis itu tidak lagi menjamah kerabu. Kebun serainya pun sudah dibersihkan dan ditanam pokok halia. Anti-angin, katanya.

Bersambung dalam edisi cetakan Blues Untuk Rodong.............
****************************************
Amacam? Suspension Paracetamol dok? kuikui..

Promo: Blues Untuk Rodong

Blues Untuk Rodong #2
Oleh: Rahimin Idris

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Malam tadi Jerantut sampai ke pagi hujan lebat macam musim salji galak turun di Amerika. Semua operator mesin tidak boleh ke tapak kerja main tanah macam biasa. Untuk menghilangkan jemu di hati yang memang penuh dengan jemu, Maliki memetik-metik gitar tongnya yang semakin memburuk itu. Lagu macam-macam. Semua lagu sedap-sedap. Cuma yang tidak sedap cara nyanyian Maliki sahaja.

“Kau sudah makan?” tiba-tiba soalan Aziz, rakan serumah, merangkap rakan sekerjanya yang bekerja sebagai operator traktor itu menerjah gegendang telinganya. Otomatik permainan gitar amaturnya terhenti. Dunia kembali terasa sejahtera.

“Sudah. Pagi tadi. Semalam pun sudah,” ujar Maliki.
“Aku belum,” ujar Aziz pula.

“Tak tanya pun. Pergi la makan,” kata Maliki.

“Pinjam RM20? Duit tak ada langsung ni,” pinta Aziz dengan yakin.

“La, malam tadi pinjam RM10. Tak kan habis dah?” soal Maliki.

“Dah habis. Bagi la RM20. cukuplah untuk makan dan rokok hari ni.”

“Kalau cukup RM10, kenapa hendak pinjam RM20 pulak?” soal Maliki dengan rasa kehairanan tidak banyak sangat.

“RM10 nak pakai, RM10 yang berbaki tu nak bayar hutang semalam!” terang Aziz dengan bersemangat penuh.

Maliki segera meniarap dengan tangkas untuk mengira-ngira di lantai – berapa hutang Aziz dengan dia yang sepatutnya wujud!




Sumber: Blues Untuk Rodong yang dalam proses akhir penerbitan.

Rabu, 12 Ogos 2009

tengah sibuk

tengah sibuk gila. berapa blog aku nak hendal ni do?!!!