Sabtu, 15 Ogos 2009

Promo: Blues Untuk Rodong

Blues Untuk Rodong #2
Oleh: Rahimin Idris

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Malam tadi Jerantut sampai ke pagi hujan lebat macam musim salji galak turun di Amerika. Semua operator mesin tidak boleh ke tapak kerja main tanah macam biasa. Untuk menghilangkan jemu di hati yang memang penuh dengan jemu, Maliki memetik-metik gitar tongnya yang semakin memburuk itu. Lagu macam-macam. Semua lagu sedap-sedap. Cuma yang tidak sedap cara nyanyian Maliki sahaja.

“Kau sudah makan?” tiba-tiba soalan Aziz, rakan serumah, merangkap rakan sekerjanya yang bekerja sebagai operator traktor itu menerjah gegendang telinganya. Otomatik permainan gitar amaturnya terhenti. Dunia kembali terasa sejahtera.

“Sudah. Pagi tadi. Semalam pun sudah,” ujar Maliki.
“Aku belum,” ujar Aziz pula.

“Tak tanya pun. Pergi la makan,” kata Maliki.

“Pinjam RM20? Duit tak ada langsung ni,” pinta Aziz dengan yakin.

“La, malam tadi pinjam RM10. Tak kan habis dah?” soal Maliki.

“Dah habis. Bagi la RM20. cukuplah untuk makan dan rokok hari ni.”

“Kalau cukup RM10, kenapa hendak pinjam RM20 pulak?” soal Maliki dengan rasa kehairanan tidak banyak sangat.

“RM10 nak pakai, RM10 yang berbaki tu nak bayar hutang semalam!” terang Aziz dengan bersemangat penuh.

Maliki segera meniarap dengan tangkas untuk mengira-ngira di lantai – berapa hutang Aziz dengan dia yang sepatutnya wujud!




Sumber: Blues Untuk Rodong yang dalam proses akhir penerbitan.

5 ulasan:

  1. Yaaa kengkawan..
    dapatkan pukulan lawak2 rahimin yang lain dalam "Blues Untuk Rodong"..
    RM20 sahaja..
    dari makan kari sotong, sayur kubis hangit doh 12 ringgit kedey mamak.. lepas tu masuk tandas buang balik..baik beli buku ini..
    bertahun2 boleh baca.. boleh buat harta pusaka..kuikui

    BalasPadam
  2. lancarkan cepat wehh..
    kas nak pacak payung kat pasar remadan jual buku ni.

    BalasPadam
  3. Lancor-lancor jugek weh...
    ada details yanc tengoh kena negotiatie ni..
    (ayat oranc politik...kuikui)

    BalasPadam

Kritikan membina dan membahana semuanya diterima kuikui..