Sabtu, 15 Ogos 2009

Misti mau provoke!! Blues Untuk Rodonc: Sedutan episod "Puaka Tanjung Gelang" karya Don Balon

Sedutan episod:

********************************

“Molek amat la tu Samdol. Dapat awek Sg Ular pas la kat aku sorang..kuikui,” Azli konon-konon bergurau padahal memang dia teringin nak kahwin pun. Hasil pisang dan tebu pusingan lepas pun banyak lagi, tak luak. Cuma serai yang Azli sakit hati sebab Mat Kundor contract farming yang janji nak beli semula hasil kebun serainya tak kunjung tiba. Mahu tak mahu terpaksalah Azli makan sendiri serainya sambil merungut berdengung-dengung, berdecit-decit macam udang galah tersepit di celah batu. Perut pun se’eh semacam je hari-hari. Mana tidaknya, hari-hari makan kerabu pucuk ubi, kerabu sotong, kerabu pucuk paku, nasi kerabu dan pelbagai spesis kerabu lagi.

Sahamnya merudum jatuh pun angkara kerabu juga. Mana tidaknya, sedang asyik dia menebas dan membongkok membuang rumput di pangkal pokok pisang yang terletak hujung sekali di tepi jalan, perutnya yang sebu itu serta-merta menyesarkan udara, berasak-asak keluar. Pada ketika itu jugalah Lebai Azron dengan Mak Nisah lalu dengan Yamaha YB mereka. Terpisat-pisat Lebai Azron dan Mak Nisah mencari arah bunyi “semboyan Bukit Kepong” tersebut. Azli cuba untuk menutup muka dengan daun pisang tetapi sudah terlambat kerana bukannya pasangan veteran itu tak tahu Azli yang saban hari menebas kebun bapanya itu. Terdengar juga hilai tawa Mak Nisah dari atas motor YB yang hampir seusia dengan Stadium Merdeka itu.

Keesokannya Azlina anak Lebai Azron sudah tidak menghantar SMS macam biasa. Setelah Azli menghantar mesej ke-14 barulah Azlina membalas dengan kata-kata yang meruntun jiwanya..

“Azli, anggaplah perhubungan kita suatu mimpi.. Mungkin antara kita sudah tidak ada jodoh.

“Hek’elleh..hal angin pun boleh clash ke?” Azli menyoal dirinya kesal..

Tapi itu semua kisah lama. Azli semenjak peristiwa tragis itu tidak lagi menjamah kerabu. Kebun serainya pun sudah dibersihkan dan ditanam pokok halia. Anti-angin, katanya.

Bersambung dalam edisi cetakan Blues Untuk Rodong.............
****************************************
Amacam? Suspension Paracetamol dok? kuikui..

2 ulasan:

  1. woi..woi...
    bab angin tu rasanya betui kut...hehehe
    tambah kala baru bangun pagi..
    bagi kaw punya....prutttt....peh..
    projek serai tu bila nak jadi pun tak tau...
    azalina tu penolong tok ketua kan...
    kwn lupa betui nama geng2 pompuan ni...
    bila nok lancornya ni...
    kwn bab cerpen ni boleh la layan...kala novel mintak mahap ler...hehehe

    BalasPadam
  2. Kuikui..
    takpe serai belum jalan pisang doh on..kuikui..

    nok lancor goner weh..
    tengah cari printing ni..
    syarikat mula2 tu tekan harga giler2 munyer.. kuikui

    BalasPadam

Kritikan membina dan membahana semuanya diterima kuikui..